MAJLIS RUMAH TERBUKA SETIABAKTI
Majlis ini telah diadakan pada 27/10/2008 iaitu pada hari isnin dari jam 2 petang hingga 6 petang.Antara tetamu yang dijemput ialah ahli-ahli silat setiabakti yang lama dan yang baru.Encik Azlan Ghanie dan Imran Azmi dari Lok 9 turut hadir pada hari itu.Dengan mengadakan majlis ini ahli-ahli silat setiabakti dapat bertemu semula disamping dapat mengeratkan lagi ikatan silaturrahim antara mereka.Semua yang hadir kelihatan begitu gembira dengan layanan dan hidangan yang disediakan.Antara hidangan yang disediakan ialah BBQ,lemang dan macam-macam lagi.Walaupun ahli-ahli silat setiabakti kelihatan begitu penat untuk menyiapkan majlis ini,tetapi dari riak wajah mereka,mereka kelihatan begitu gembira kerana dapat bekerjasama dalam melangsungkan majlis ini.Amalan bantu-membantu dapat dilihat antara ahli.Tidak dilupakan anak Encik Razlan yang juga merupakan jurulatih dari silat cekak dan rakannya bertungkus lumus membantu kami.Terima kasih kepada semua ahli silat setiabakti dan juga semua yang turut membantu dan hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.Di atas adalah antara gambar-gambar dan video yang dapat diambil dan dirakam.




0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home